EP135 | KS Kembali Sertai UMNO? | Afidavit dan Bukti Titah Addendum | RCI Batu Puteh | Dasar Mobiliti di Malaysia
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 135 bersiaran luar di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bersempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 membincangkan isu serta dasar-dasar berhubung mobiliti di Malaysia antaranya pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), cadangan e-hailing motosikal dan isu kemalangan jalan raya.
Dalam segmen isu-isu semasa, Keluar Sekejap menyentuh berkenaan pendakwaan ke atas pengasas FashionValet berhubung dana pelaburan Khazanah dan PNB, afidavit Dato’ Nizar Najib berkenaan titah addendum tahanan rumah bapa beliau serta syor Suruhanjaya Siasata Diraja (RCI) Batu Puteh untuk mengambil tindakan jenayah ke atas Tun Mahathir.
Keluar Sekejap juga turut mengulas berkenaan kenyataan Presiden UMNO yang terbuka menerima bekas pemimpin UMNO untuk kembali menyertai parti tersebut.
Setiap pengunjung KLIMS 2024 yang berlangsung di MITEC sehingga 11 Disember 2024 berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya sebuah Toyota Yaris atau Perodua Axia dengan setiap pembelian tiket masuk berharga RM25.00. Selain itu, pengunjung juga boleh memenangi kad Touch n Go edisi khas KLIMS 2024 dengan memuat naik gambar di Instagram atau Facebook*.
*tertakluk kepada terma dan syarat
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.